?
Mungkin ramai yang sudah tahu, pada Jumaat lalu, Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan telah membuat keputusan untuk menutup akaun Facebook miliknya, "Chef Wan Public Figure" .
?
Itu jugak mungkin salah satu azam tahun 2012 Chef Wan berikutan tidak tahan dan tidak boleh menerima kritikan yang dilemparkan terhadapnya sepanjang menjadi juri Maharaja Lawak Mega (yang baru saja berakhir minggu lalu). Dalam masa yang sama, beliau kecewa dengan sesetengah pihak yang menggunakan akaun Facebook miliknya itu sebagai medan bertelagah sesama-sendiri.
Bagaimanapun, di dalam laman mStar hari ini, menyatakan beliau membatalkan (pulak...) hasratnya untuk menutup akaun Facebook dengan alasan tidak dibenarkan oleh peminat-peminatnya.
Chef Wan menerusi satu entri menerusi Facebook miliknya itu berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak sampai hati untuk menghampakan semua peminatnya.
"Saya berkorban untuk semua peminat yang mahu saya terus aktif di sini (Facebook) dan keputusan ini dibuat kerana tidak sampai hati hendak menghampakan mereka dan saya sayangkan semua peminat saya," ujarnya pada entri tersebut.
Dalam pada itu, Chef Wan berkata, walaupun banyak pihak cuba menghentamnya menerusi komen-komen di laman sosial miliknya itu, dia mengambil jalan untuk tidak lagi melayan golongan tersebut sebaliknya ingin menumpukan perkatian kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong.
Ujarnya, segala komen negatif mengenai dirinya di Facebook akan diambil secara positif selain tidak cuba terlalu memikirkan tentangnya. Kerana apa yang penting, beliau tahu yang masih ramai peminat yang setia menyokongnya.
?
?
?
- mD
?
?
?
?
?
?
?
mississippi personhood issue 2 ohio issue 2 ohio election results 2011 election results 2011 board of elections board of elections
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.